Monday, July 12, 2010

Pemain tenis remaja Malaysia berlatih di Sepanyol

KEJAYAAN latihan luar negara yang diperkenalkan Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM) akan diteruskan dengan penghantaran sekumpulan lagi remaja ke Sepanyol, 23 Julai ini. Kumpulan itu yang akan diketuai pemain nombor satu negara, Si Yew Meng diiringi Ariez Elyas Deen Heshaam, Nazeem Khan, Syed Agil Syed Naguib, Wan Abdul Muiz, Haidar Yasmin Haidar dan S Theiviya akan berada di bawah bimbingan jurulatih, Albert Poras di akademi latihannya di Barcelona selama dua bulan sehingga selepas Hari Raya nanti.

Ariez yang sebelum ini bersama-sama Syed Agil dan Mohd Assri Merzuki dipilih menyertai kem latihan itu dan menyifatkan tempoh latihannya selama sebulan daripada 9 Mei hingga 6 Jun lalu sebagai banyak membantu dalam perkembangan kerjayanya. Di sana, saya banyak mempelajari mengenai aspek mental permainan, untuk tidak berputus asa dalam apa jua keadaan, kata pemain kelahiran Sarawak itu.

Ariez, dilihat harapan baru tenis negara selepas merangkul emas di Sukan Malaysia (Sukma) Melaka kini mengetuk pintu skuad kebangsaan apabila disenaraikan dalam barisan empat pemain Piala Davis dalam penentuan Kumpulan II menentang Oceania Pasifik bermula hari ini sehingga Ahad.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...