Monday, July 12, 2010

Ivanovic utamakan kecantikan


LONDON: Pemain tenis Serbia dianggap bintang paling seksi, Ana Ivanovic, mencetuskan kontroversi apabila menyifatkan penampilan lebih penting berbanding persembahan dalam gelanggang. Akhbar Daily Star melaporkan, pemain berusia 22 tahun itu, yang turun ke tangga-47 dalam kedudukan Persatuan Tenis Dunia (WTA), mencetuskan kemarahan di Wimbledon apabila mendakwa permainan itu sudah menjadi satu pertandingan ratu cantik.

Ivanovic berkata, pemain tenis lelaki amat mesra, namun pemain wanita bertanding untuk digelar yang paling cantik, paling popular, amat bergaya dan siapa yang mendapat paling banyak liputan. Bagi pemain tenis lelaki, mereka semua bersahabat baik. Namun, kami (pemain tenis wanita) bukan sahabat baik, katanya.

Pemain Serbia itu tersingkir dalam kejohanan tenis Wimbledon tahun ini dalam pusingan pertama lagi apabila kalah kepada lawannya dari Israel, Shahar Peer. Ivanovic mendakwa, beliau tidak mempunyai kawan dalam Jelajah WTA dan mengakui hubungan di bilik persalinan wanita tidak mesra pada setiap masa.

Ada pihak menyokong hujah itu dengan merujuk kepada ramainya nama besar dalam arena sukan itu memilih untuk menerima tugas sebagai model bagi menambah profil mereka termasuk juara Wimbledon, Serena Williams. Ivanovic yang turut menjadi model majalah Amerika, Sports Illustrated, percaya pemain wanita cemburu antara satu sama lain jika mereka dianggap kurang menarik.

Namun, Ivanovic berkata wang, kemasyhuran dan proses mencapai kematangan dalam permainan itu selepas menerima tawaran menjadi model dengan pakaian menjolok mata dan kedudukannya menjadi punca keretakan dengan pemain lain dalam WTA.

Sesetengah lawan Ivanovic di kalangan pemain wanita mungkin mendakwa beliau mengubah fokus daripada kehandalan dalam gelanggang kepada penampilannya di luar gelanggang menyebabkan beliau hilang tumpuan dalam permainan, jatuh daripada tempat pertama dunia pada Jun 2008 kepada kedudukannya terkini di nombor 47.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...