Wednesday, July 7, 2010

Lesson : Panduan genggam raket tennis dengan betul.













1. Eastern forehand Untuk mencari genggaman eastern, anda perlu seolah-olah berjabat tangan dengan raket tennis tersebut. ‘Base knuckle’ terletak di atas tapak kanan pemegang raket tennis. Pemain yang menggunakannya : Tim Henman dan Lindsay Davenport

2. Eastern backhand Pastikan kedudukan ‘base knuckle’ anda terletak secara sebahagian di atas tapak pemegang raket tennis. Pukulan ‘backhand’ ini adalah yang paling klasik dan sering digunakan oleh banyak pemain profesional. Dimana pusat impak bola pada permukaan muka raket tennis adalah hampir bersudut 90 darjah. Pemain yang menggunakannya : Roger Federer dan Lisa Raymond

3. Continential Kedudukan ‘base knuckle’ terletak di atas tapak 1. Selalu digunakan untuk servis, volley, overhead dan pukulan pertahanan (defensive shot). Pemain yang menggunakannya : Hampir kesemua pemain guna untuk servis dan volley.

4. Semi Western Untuk mencari kedudukan genggaman ini, letakkan raket anda di atas permukaan lantai dan kemudian ambil semula raket tersebut pada pemegangnya, berikut adalah genggaman Semi Western. Paling banyak digunakan oleh pemain tennis di serata dunia kerana keupayaan untuk menghasilkan pukulan topspin yang kuat. Pemain yang menggunakannya : Marat Safin dan Svetlana Kuznetsova

5. Western Letakkan ‘base knuckle’ anda pada sebahagian tapak bawah pemegang raket tennis. Sering digunakan oleh pemain profesional di atas gelanggang tanah liat. Tetapi amat sukar untuk menyambut pukulan yang rendah, terutama bola yang amat laju. Pemain yang menggunakannya : Rafael Nadal dan Amelie Mauresmo Servis Samada genggaman eastern ataupun genggaman continential boleh digunakan, tetapi kebanyakkan pemain lebih kepada genggaman eastern. Volley Paling sesuai adalah genggaman eastern (hand shake), paling disukai oleh kebanyakkan pemain volley, mudah dan tidak perlu tukar kedudukan genggaman selepas servis. Sesuai untuk pemain yang suka serve dan volley.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...