Monday, July 26, 2010

Ana Dan Jelena Tidak Sefahaman


DUA bekas pemain nombor satu dunia dari Serbia, negara kecil Balkan yang hanya mempunyai 10 juta penduduk, Jelena Jankovic dan Ana Ivanovic masih tercari-cari identiti sebenar mereka. Pendek kata, mereka mengalami krisis identiti.

Jelena memperolok-olokkan gaya seterunya itu ketika meraikan kemenangan atau memenangi satu-satu mata. Gerak isyarat itu dapat dilihat jelas di kaca televisyen dan Ana jelas tidak suka.

“Anda tahu bagaimana mereka berkata - sukan tidak membina karakter, ia memaparkannya,” kata Ana. Jelena, yang jarang melenting sebelum ini, pantas menjawab: “Setiap pemain ada cara mereka sendiri untuk menaikkan semangat diri sendiri.

Tapi saya fikir tidak bagus untuk menunjuk penumbuk ke muka lawan. Ia sesuatu yang agak mengaibkan, terutama selepas lawan anda terlepas satu bola mudah, terutama apabila ia membabitkan saya dan Ana. Snezana Jankovic berkata: “Jelena terbang 48 jam separuh dunia untuk bermain, di sebalik kecederaan pergelangan tangan yang serius.

Pada masa sama, seseorang minum kopi ketika anak saya bergelut buat negaranya.” Di samping pemain ATP, Novak Djokovic, Janko Tipsarevic dan Nenad Zimonjic, Jelena dan Ana adalah sebahagian daripada kemunculan secara besar-besaran bakat Serbia dalam sukan tenis.

Kedua-dua pemain pernah sekejap menduduki takhta permainan wanita. Namun kedua-duanya kini merudum, bergelut untuk menemui permainan sebenar mereka.

“Ia melukakan, saya perlu katakan, tapi ia satu proses,” kata Ana, 22, yang baru-baru ini mengambil khidmat bekas jurulatih Steffi Graf, Heinz Gunthardt, untuk membantunya menemui kembali sentuhan emas.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...