LONDON: Rafael Nadal berkata dia melakar salah satu aksi terbaiknya ketika menundukkan Andy Murray di separuh akhir Wimbledon, semalam manakala Tomas Berdych pula menundukkan Novak Djokovic untuk menempah tiket ke perlawanan akhir.
Nadal menewaskan Murray pilihan keempat, 6-4, 7-6 (8/6), 6-4, manakala Berdych yang menewaskan juara Wimbledon enam kali, Roger Federer di suku akhir, mengejutkan pemain nombor tiga dunia, Djokovic 6-3, 7-6 (11/9), 6-3. Nadal melangkah ke perlawanan akhir Wimbledon yang keempat dan tidak sabar untuk menjulang gelaran selepas dia tewas di tangan Federer tahun lalu akibat masalah lutut.
Pertemuannya dengan Murray cukup mendebarkan dan diselangi beberapa rali dan permainan jaring yang cantik. Pemain kelahiran Mallorca itu diberikan ujian yang cukup keras tetapi berjaya mengawal permainan dengan baik. Pemain pilihan kedua itu mengakui aksinya itu adalah antara yang terbaik.
“Ia hari yang menggembirakan, kemenangan bermakna untuk saya dan salah satu kejayaan yang paling sukar untuk dilakar kerana lawan saya bermain dengan cukup baik,” kata Nadal. “Saya tahu perlawanan akan menjadi sukar setiap kali saya menentang Andy kerana dia seorang pemain yang baik.
Dia mempunyai servis yang hebat dan pergerakan yang pantas. Murray berada di mata akhir di set kedua dan menewaskan Nadal di set ketiga. Bagaimanapun, Nadal tenang dan membalas pukulan dengan baik sekali gus menafikan tempat pemain Britain di perlawanan akhir sejak Bunny Austin berbuat demikian pada 1938. - AFP
No comments:
Post a Comment