Thursday, April 14, 2011

Kenapa 2nd Serve mesti lebih kuat daripada 1st Serve ?


Soalan yang menarik dan juga amat menarik perhatian, kenapa 2nd serve mesti lebih kuat daripada servis yang pertama ?. Kebanyakkan pemain lebih suka untuk melemahkan pukulan untuk servis ke dua agar kebarangkalian bola untuk masuk ke gelanggang pihak lawan adalah lebih tinggi, betulll keee ... atau sekadar risau permainan akan tamat begitu sahaja dan akan menyesal dengan tindakan sendiri kerana tidak mengawal pukulan servis tadi ?
Apa yang hendak di risaukan ? pernahkan anda mendengar mengenai "muscle memory" ?.
 
Saya pernah terbaca mengenai suatu artikel lama-lama dahulu, di mana bagi seorang pemain tennis yang selalu melakukan servis yang sama setiap hari dan setiap masa akan membentuk tindakkan refleks yang serta merta ataupun tanpa disedari. Bagaimaan ini berlaku ?.
 
Pencetusnya adalah kerana latihan dan habit yang berterusan menyebabkan pukulan servis pemain tersebut semakin konsisten dan mantap.

Begini - apabila anda melakukan servis pertama, gunalah pukulan servis yang biasa anda lakukan, tak kira samada servis slice, servis direct ataupun kick serve, yang penting kekalkan kekuatan pukulan. Kemudian, dalam servis kedua, kamu guna kick serve sahaja, pukulannya pula hendaklah sama kuat atau lebih daripada pukulan servis yang pertama.

Kenapa pilih kick serve untuk pukulan servis kedua ?. Ingat tak kenapa saya katakan kita mesti menguatkan pukulan servis kedua daripada servis pertama ?, inilah sebabnya - dengan kombinasi "muscle memory" dan pukulan servis kick serve yang kuat - kebarangkalian bola untuk masuk ke gelanggan lawan adalah jauh lebih tinggi dan lebih kuat berbanding jenis servis yang lain, kerana untuk kick serve kita mesti slice (pusingkan) bola pada permukaan atas untuk menjunamkan bola tersebut ke bawah mengikut graviti.

Dengan itu, bola dijamin masuk ( at least 80% ) ke gelanggang lawan, dan pihak lawan akan lebih berjaga-jaga dan sukar untuk menyambut pusingan bola yang kuat.

Saya berharap anda mendapat manfaat daripada artikel ini, kebanyakkan ilmu/ maklumat diperolehi daripada banyak membaca dan bermain sambil belajar. Sekian.

Artikel oleh marvin/ Tennisbone/ Gambar oleh Manuela Davies/Double Exposure

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...