Tuesday, July 6, 2010

Wimbledon Grand Slam Final 2010

Tahniah kepada Rafael Nadal kerana telah memenangi perlawanan akhir pertandingan Grand Slam di Wimbledon. Rafael Nadal (berumur 24 tahun) berjaya mengalahkan Thomas Berdych (ranking 12 dunia) dalam perlawanan 3 set berterusan (mata 6-3, 7-5, 6-4).

Rafael Nadal yang memperoleh trofi Grand Slam bagi kali ke 2 daripada gelanggang rumput yang amat berprestij tersebut, telah bermain dengan penuh semangat.

Thomas Berdych pula yang telah mengalahkan juara bertahan wimbledon Roger Federer dan Novak Djokovic untuk sampai ke final merasakan yang beliau telah melakukan yang terbaik sepanjang 2 minggu untuk sampai ke tahap ini. Thomas Berdych akan dinaikkan ke dalam ranking ke 8 ATP dunia dalam masa terdekat ini. Sekian...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...