Friday, July 30, 2010

Maria Sharapove Menang Bergaya



Maria Sharapova berjaya mengalahkan Jie Zheng (6-4, 7-5) STANFORD: Maria Sharapova membuat kemunculan semula di gelanggang keras dengan kemenangan bergaya selepas menewaskan pemain China, Jie Zheng 6-4, 7-5 pada pusingan pertama kejohanan Bank of the West Classic, kelmarin.

Maria pernah tewas kepada Zheng pada perlawanan terakhir kedua-dua pemain itu di gelanggang keras di Indian Wells, Mac lalu.

“Ia adalah perlawanan yang sedikit kelam-kabut. Saya tidak berasa selesa dan saya mahu melupakannya,” kata pemain Russia itu. Maria menghuni ranking ke-15 dunia, berehat selama enam minggu selepas berdepan kecederaan siku dan bahu.

“Selepas anda tidak bermain untuk sementara waktu, anda perlu melakukan persediaan dari mula,” kata Maria. “Saya mahu menyesuaikan diri secepat mungkin. Dia seorang pesaing dan pemain yang hebat.”

Maria akan bertemu Olga Govortsova dari Belarus pada perlawanan pusingan kedua, hari ini. “Saya hanya cuba mahu menyesuaikan diri menjelang Terbuka Amerika Syarikat (AS). Saya gembira apabila dapat kembali beraksi,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...